“Wardrobes of the Future,” Kempen Kesedaran dan Pendidikan Untuk Semua

Wardrobes of the Future by FASHINFIDELITY

Kempen fesyen lestari di Malaysia: tahukah anda fesyen lestari telah dipraktikkan sejak zaman sebelum Malaysia merdeka?

Written by: Zayana Yazed, Fashion Technologist

2124 words, 10 min read

Fesyen bukan lagi hanya tentang gaya tetapi juga tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat. Kelestarian fesyen menjadi satu aspek penting dalam era moden ini di mana kesedaran terhadap impak industri fesyen terhadap alam sekitar semakin meningkat terutama nya di Malaysia. Bayangkan berapa banyak pakaian lama yang terbuang dan mencemarkan tanah, sungai dan menghasilkan pemandangan yang comot? Masyarakat Malaysia semakin celik untuk menjaga kecantikan bandar tempat tinggal masing-masing, oleh itu kempen kelestarian fesyen seperti ini semakin mendapat sambutan menggalakkan dari peminat fesyen.

L-R: Joanne Nathaniel (FASHINFIDELITY), Emma Khoo (LOOOP), Najah Onn (FASHINFIDELITY), and Bay Doucet (LOOOP) in front of FASHINFIDELITY’ Community Patchwork, ‘Patch(we)rk’

Pada 25 Februari yang lalu komuniti sustainable fashion yang diasaskan oleh Najah Onn, seorang Jurutera Alam Sekitar, FASHINFIDELITY telah mengadakan acara “Wardrobes of The Future”, 1 hari yang padat dengan kempen, pertunjukan dan sesi bual bicara bersama pakar industri fesyen dan pemain industri di Sustain.ed, Kuala Lumpur.

Acara ini menampilkan konsep yang menarik dan berbeza dari acara fesyen yang lain, dimana pada acara ini terdapat pelbagai stesyen menarik ditampilkan , antaranya reruai (booth) jualan pakaian terpakai dari pelbagai jenama tempatan, dijalankan oleh perniagaan anak tempatan, yang menampilkan konsep yang menarik iaitu consignment concept, stesyen kuiz menarik berkenaan mengenal jenis-jenis tekstil dan stesyen pertunjukan karya natural dye dari kulit bawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi dan organic dari Dunia Motif, Ummi Junid.

Pengunjung acara ini terdiri daripada peminat fesyen Malaysia, datang dari pelbagai industri, bukan sahaja dari industri fesyen tetapi dari pelbagai latar belakang industri seperti kejuruteraan, sains dan pengurusan acara. Yang menariknya pada acara ini juga telah berlangsung pelbagai bengkel dan perkongsian yang menarik dan unik, dimulai dengan perkongsian sejarah pemakaian sarong dalam Masyarakat Malaysia dan Nusantara.

Suzanne Lim sharing the rich cultural history of the modest sarong.

Sarong Styling Workshop by Suzanne Lim and Inna Ddin

​Sarong, sehelai kain tradisional yang dililitkan di pinggang, telah menjadi satu unsur kebudayaan yang mencirikan masyarakat di Tanah Melayu. Perkongsian oleh Suzanne Lim dan Inna Din dalam acara Wardrobes of the Future ini, membongkar sejarah pemakaian sarong di rantau ini, merentasi zaman dan menggambarkan pentingnya sarong sebagai warisan budaya yang berharga.  Sarong memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain sebagai pakaian harian, sarong digunakan dalam pelbagai acara seperti upacara keagamaan, perkahwinan, dan majlis sosial. Reka bentuk sarong juga berkembang mengikut keperluan dan citarasa setiap kumpulan etnik di Tanah Melayu, menonjolkan corak dan warna yang mencerminkan identiti budaya masing-masing. Sarong batik dan pelikat merupakan pakaian sehari-hari yang selesaterutama dalam iklim tropika. Sama ada untuk berjalan-jalan di pasar tradisional, mengunjungi tempat ibadah, atau sekadar bersantai di rumah, penggunaan sarong memberikan keselesaan dan sirkulasi udara yang baik. Selain itu ianya boleh digayakan sebagai busana formal dalam acara-acara tertentu. Sebagai contoh, di Indonesia, sarong sering kali dianggap sebagai pilihan busana formal untuk menghadiri majlis perkahwinan atau acara formal lainnya. Fakta ini mencerminkan pelbagai cara penggunaan sarong di Malaysia dan Indonesia, menunjukkan fleksibiliti sarong batik itu sendiri dalam pelbagai konteks budaya dan kehidupan harian.

Ketika berlangsungnya sesi perkongsian berkenaan pemakaian sarong, peserta berpeluang menggayakan sarong sendiri dengan konsep yang tertentu yang telah diperkenalkan ketika sesi perkongsian ini. Mungkin kita tertanya-tanya adakah generasi kini sesuai memakai kain sarong ketika menghadiri acara-acara pelbagai tema di Malaysia. Nampaknya Suzanne Lim dan Inna Ddin telah memberi nafas baru dalam menanam minat terhadap generasi kini untuk menggayakan sarong, batik Malaysia dan Indonesia yang pelbagai warna bersama pakaian moden seperti blaus dan baju t. Ianya tidak terhad kepada pemakaian baju tradisional sahaja ketika ingin menggayakan sarong. Semestinya idea ini adalah sesuatu yang segar kerana dengan mengaplikasikan pemakaian sarong – fabrik yang diikat di badan dan tidak dipotong-potong – akan membantu dalam proses kelestarian fesyen dan menjaga alam sekitar agar tiada lebihan kain perca dibuang. Sarong juga tidak terhad kepada pemakaian seperti kain dan seluar, sarong atau batik lepas ini boleh digayakan sebagai dress ikat dan dress draping dengan jatuhan yang cantik. Jika tidak cukup sekadar 2 meter, boleh dijahit kepada 3-4 meter untuk dibuat lilitan dress, berani ekplorasi dan berani mencuba, kenapa tidak bukan.

​Panel Speaking sessions

Terdapat tiga forum berkonsepkan bual bicara yang dilangsungkan pada acara ini melibatkan perkongsian ilmu dan pengalaman dari pemain industri fesyen lestari dan pensyarah dari universiti tempatan. Antara jemputan panel industri dalam forum sesi pertama adalah Sara Hussin dari BintejVintej, Bay Doucet dan Emma Khoo dari LOOOP dan Ooi Yimei dari Jimui Remake. Pelbagai topik dibincangkan antaranya program penukaran pakaian, bisness kedai pakaian terpakai, dan amalan seperti mengguna semula pakaian dan membaiki pakaian (alteration) boleh membantu mengurangkan pembaziran pakaian dan pembuangan fabrik. Ini membuka peluang untuk memberi pakaian hayat lebih lama dan mengurangkan tekanan terhadap alam sekitar. Adleena Aishah, Pensyarah Pengurusan Fesyen dan Komunikasi membantu selaku moderator.

Forum kedua tertumpu kepada pemakai fesyen perlahan (slow fashion). Ramai yang beranggapan mengambil bahagian dalam pergerakan fesyen perlahan hanya mencerminkan beberapa bahagian masyarakat, tetapi hakikatnya semua orang, tanpa mengira keupayaan, saiz, status sosio-ekonomi dan pendidikan mereka boleh menjadi pengamal fesyen yang perlahan. Contohnya: sebagai ditunjukkan oleh ahli panel forum kedua, Ratna, aktivis liberasi gemuk (‘fat liberation’) dan pengasas bersama Joyful Jiggle, Usha G. Nair, pengasas DAWN Adaptive, dan Azrin Abu Bakar, pengasas bersama Rocka Atelier, School of Living Skills. Forum ini dikendalikan oleh Joanne Nathaniel, Pengarah Kreatif dari FASHINFIDELITY.

Forum 1: Reselling & Upcycling Communities and How to Get Involved. L-R: Adleena Aishah, Ooi Yimei, Emma Khoo, Bay Doucet, and Sara Hussin.

Kelestarian fesyen bukan sekadar trend sementara tetapi suatu perubahan paradigma dalam industri ini. Di dalam forum ke dua, membincangkan topik yang lebih mendalam berkenaan akademik dan kemahiran dalam pendidikan kelestarian fesyen. Melibatkan Najah Onn, jurutera alam sekitar dan pengasas FASHINFIDELITY, Datin Dr Norsaadah Zakaria dari Institute Business Excellence UiTM Shah Alam, Nini Marini, artisan bebas (#MULTI-Artist) dan presiden Citra Malaysia, Sasibai Kimis Steenland dari Earth Heir dan Rashid Hamid, presiden Malaysia Fashion Creativity Award selaku moderator, perbincangan ini hangat termasuklah perbincangan mengambil langkah-langkah kecil seperti pemilihan bahan mentah dan pewarna pakaian yang beretika, sokongan kepada peniaga tempatan, dan kesedaran pengguna, kita boleh bersama-sama mengubah arah fesyen menuju satu konsep yang lebih lestari disamping menyokong ekonomi fesyen tempatan. Kelestarian fesyen bukan hanya satu tanggungjawab industri tetapi juga tanggungjawab bersama kita sebagai pengguna untuk melibatkan diri dalam perubahan positif ini.

Pendekatan kelestarian dalam konteks fesyen dari segi akademik dan kemahiran melibatkan beberapa aspek, bermula dari pembelajaran akademik hingga pengembangan keterampilan praktis. Institusi pendidikan perlu mengembangkan program akademik yang memberi tumpuan kepada kelestarian dalam industri fesyen. Mata pelajaran seperti etika pengeluaran, reka bentuk berkelanjutan, dan pengurusan rantaian bekalan yang mampan boleh memberikan asas pengetahuan yang kukuh.

Mendorong penyelidikan dan kajian dalam bidang fesyen berkelanjutan boleh membantu menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam tentang impak industri fesyen ke atas alam sekitar dan masyarakat. Pelibatan pelajar dalam projek-projek penyelidikan yang membincangkan inovasi dan penyelesaian untuk mengurangkan impak negatif adalah penting. Melakukan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri fesyen boleh membolehkan pembangunan kurikulum yang lebih relevan dengan keperluan industri. Pelajar dapat mendapat akses kepada pengalaman praktikal dan tindakan langsung dari industri, seperti memahami dan melaksanakan amalan-amalan kelestarian dalam rantaian bekalan dan pengurusan pengeluaran. Ini semua adalah keterampilan penting. Latihan ini boleh melibatkan aspek-aspek seperti pengurusan sisa, pengurusan sumber, dan penilaian impak alam sekitar.

Mengembangkan keterampilan untuk mendidik pengguna tentang kepentingan fesyen lestari boleh membentuk etika pengguna yang lebih peka. Ini melibatkan komunikasi yang efektif dan pengetahuan tentang cara membuat keputusan pembelian yang beretika. Melibatkan pendidikan dan kemahiran dalam konteks kelestarian fesyen dapat membantu mencipta generasi masa depan yang lebih peka alam sekitar dan memiliki keterampilan yang relevan dengan keperluan industri fesyen yang lebih baik.

Documentary: Wearers Keepers

Yang menariknya juga kali ini Joanne Nathaniel, slow fashion advocate dan Pengarah Kreatif FASHINFIDELITY disokong oleh Fashion Revolution Malaysia telah menemuramah beberapa orang peminat fesyen, penggiat fesyen dan tukang-tukang jahit, lebih setahun sebelum acara ini berlangsung. Temuramah yang telah didokumentasikan dalam bentuk video bertajuk Wearers Keepers, sebanyak empat episod ditayangkan semasa acara ini, telah menarik minat semua pengunjung menontonnya. Video temuramah yang menyentuh perasaan ini menyelami  kehidupan warga Malaysia kepada kegunaan, kepraktisan, dan nilai-nilai tradisional yang membawa kepada bentuk penceritaan naratif, kerana pakaian adalah sebahagian budaya dan cerita keluarga. Pemakaian pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, dan sarong di kalangan masyarakat Melayu menonjolkan unsur kelestarian, di mana bahan-bahan semula jadi seperti kain sutera, kapas, dan songket digunakan dengan teliti dan diwarisi dari generasi ke generasi. Empat episode dokumentari Wearers Keepers ini boleh ditonton di dalam saluran YouTube @FashionRevolutionGlobal.

Nini Marini, as seen in Wearers Keepers.

Upcycling is not a new concept for Malaysians

Kemahiran mengguna semula fabrik dan pakaian lama telah menjadi satu amalan yang meluas sejak zaman dahulu, menunjukkan kebijaksanaan dalam memanfaatkan sumber daya dan mengurangkan pembaziran. Di zaman lampau, masyarakat telah mengamalkan amalan ini dengan berbagai cara, menunjukkan kesedaran terhadap keperluan untuk menjaga alam sekitar dan sumber daya.

Salah satu kemahiran utama dalam mengguna semula fabrik dan pakaian lama ialah keterampilan menjahit semula atau mengubahsuai pakaian. Masyarakat telah lama mengamalkan kebolehan menjahit untuk memperbaharui pakaian yang sudah lama digunakan atau mewarisi pakaian dari generasi sebelumnya. Melalui kemahiran ini, pakaian yang mungkin sudah lusuh atau tidak digunakan lagi boleh diubahsuai menjadi sesuatu yang baru dan sesuai dengan trend semasa.

Selain itu, tradisi mengkitar semula fabrik lebihan dari aktiviti memotong kain dan menjahit (perca) juga telah menjadi satu kemahiran utama. Kain lama atau pakaian yang tidak boleh diperbaiki lagi boleh dipecahkan dan dijadikan kain burkat atau hiasan lain. Amalan ini membantu mengurangkan pembaziran tekstil dan memberikan nilai tambah kepada bahan-bahan yang masih boleh digunakan.

Penggunaan semula kain dan pakaian lama turut melibatkan seni jahitan cantum semula atau pembuatan kain baru daripada lebihan kain sedia ada (patchwork). Proses ini melibatkan kemahiran kreatif dalam mencipta corak dan reka bentuk yang baru, memberikan nafas baru kepada kain yang sudah ada. Kemahiran mengguna semula fabrik dan pakaian lama bukan hanya membantu menjaga alam sekitar dan mengurangkan tekanan ke atas sumber daya, tetapi juga mewarisi nilai-nilai kreativiti, keterampilan tangan, dan keupayaan untuk menghargai dan memanfaatkan sumber daya dengan bijak. Sehingga kini, amalan ini terus menjadi satu warisan yang penting dan relevan, menunjukkan betapa kearifan lama tetap relevan dalam menghadapi cabaran kelestarian dan pembangunan lestari.

Secara fakta nya nenek moyang kita memiliki kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan produk daripada baju lama dan kain perca. Beberapa produk tradisional yang dihasilkan dari bahan-bahan ini termasuk lah menghasilkan :

  • Bantal dan Bantal Peluk: Kain perca dan baju lama yang masih elok boleh diubahsuai menjadi bantal atau bantal peluk. Penggunaan corak dan warna yang pelbagai memberikan sentuhan tradisional dan keselesaan kepada produk-produk ini.
  • Alas Meja dan Alas Kusyen: Baju lama dan kain perca boleh dijadikan alas meja atau alas kusyen, memberikan sentuhan tradisional kepada hiasan rumah. Pilihan corak dan warna yang dihasilkan dari kain perca menjadikan setiap produk unik.
  • Kain Lap Tangan dan Alat Kebersihan: Nenek moyang juga sering menghasilkan kain lap tangan dan alat kebersihan dari kain perca atau baju lama yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Ini membuktikan penggunaan maksimum sumber daya dan mengurangkan pembaziran.

Produk-produk ini mencerminkan kebijaksanaan nenek moyang kita dalam menguruskan sumber daya dan menjadikan kegunaan penuh terhadap bahan-bahan yang ada. Kemahiran ini adalah bukti akan amalan kelestarian dan kebijaksanaan warisan budaya kita di Malaysia.

​Community Patchwork by FASHINFIDELITY volunteers

Penggunaan bahan-bahan tempatan tidak hanya mencerminkan identiti budaya, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui amalan penggunaan sumber semula jadi yang mampan. Proses penghasilan pakaian tradisional banyak melibatkan tampal (patchwork) yang diwarisi dari generasi ke generasi, mengekalkan kelestarian dalam kemahiran tradisional dan keunikan corak dan warna.

​Dicipta sebagai tenaga kerja penuh kasih sayang oleh ahli komuniti FASHINFIDELITY di bawah bimbingan kreatif pelbagai disiplin, Joanne, initiatif projek tampalan komuniti telah dimulakan untuk mempamerkan bakat dan kreativiti yang boleh dibawa oleh seseorang dalam menyusun seruan untuk bertindak secara perlahan, (“go slow) bagi peminat fesyen baru dan pengamal berpengalaman dalam pergerakan slow fashion. Karya agung ini memberi nafas baru kepada bahan terbuang dan digemari ramai — dengan cerita-cerita untuk diceritakan — bersumber dari rumah dan studio mereka.

Tampalan atau tampalan quilt ialah teknik berabad-abad lamanya yang berakar umbi dalam amalan guna semula dan kitar semula sisa kain dan pakaian lama. Ia telah berfungsi sebagai saluran kreatif untuk wanita dan sumber kemesraan dan keselesaan untuk keluarga mereka. “Quilting bees”, tempat wanita berkumpul untuk menjahit dan bersosial, pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan integral masyarakat.

Menarik inspirasi daripada tradisi yang berkekalan, Patch(We)rk telah dicipta sebagai simbol komitmen kolektif untuk membaiki bahagian budaya kita yang pantas dan terbuang, menganyam bersama-sama naratif daya tahan dan kepintaran. Ia berdiri sebagai bukti peranan penting komuniti dalam pergerakan fesyen perlahan, memperkayakan perjalanan dengan lapisan kegembiraan, sokongan dan makna.

Mesej yang disampaikan melalui karya seni itu adalah seruan untuk bertindak untuk memudahkan dialog intuitif tentang keperluan terdesak untuk ‘memperbaiki’ hubungan kita dengan pakaian dan penggunaan pakaian pada zaman krisis iklim.

Dalam hal ini, amalan kelestarian fesyen sejak zaman dahulu bukan hanya tertumpu pada aspek kelestarian alam sekitar, tetapi juga melibatkan warisan budaya, kemahiran tradisional, dan etika sosial. Pemakaian pakaian tradisional di era sebelum kemerdekaan Malaysia bukan sekadar satu bentuk identiti fesyen, tetapi juga sebuah perwujudan kepelbagaian budaya dan nilai-nilai yang diwarisi dengan penuh kebanggaan dan hormat.

Tahniah FASHINFIDELITY atas membawa komuniti bersama-sama untuk hari yang sangat seronok dan berwawasan. Lebih banyak persimpangan antara kemahiran dan amalan diperlukan dalam menangani cabaran dalam rantaian bekalan fesyen. Saya berharap lebih banyak kempen pendidikan seperti ini akan berlaku dalam masa terdekat. Terima kasih kerana sudi terima pembantuan kreatif dari saya!


Join us in our Slow Fashion movement with the hashtags #ConscientiousFashionista and #wardrobetruths on Instagram, and follow us at @fashinfidelity.

Tags:​ #malaysianfashion #slowfashionmalaysia #sustainablefashionmalaysia
 #fashrevmalaysia #malaysia #conscientiousfashionista #fastfashion #slowfashion #wardrobetruths #fashioneducation #fashion #fashinfidelity #wotfkl #fashinfidelitywotf #wardrobesofthefuture

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *